United kempunan trofi UEFA Champion League
- Posted by Svfi in 2011, Barcalona, bola sepak, final, Manchester United, UEFA Champion League
- 0 Comments
Berikut merupakan keputusan Final UEFA Champion League 2011. Barcalona menang besar keatas Manchester United melalui jaringan Pedro, Messi dan D.Villa manakala Man Utd hasil jaringan Rooney.
Barcalona membuka jaringan melalui Pedro Rodriguz (27), namun pada minit ke-34, Rooney mengembirakan penyokong The Red Devil dengan gol penyamaan itu.
Namun, kegembiraan United tidak bertahan lama apabila Barcalona mendapat dua gol pada separuh masa kedua melalui L.Messi (54) dan D.Villa (69). Keputusan berikut menyebabkan United kempunan lagi bagi menjulang Piala UEFA Champion League 2011 apabila kalah pada Barcalona, lawan yang sama pada final UEFA Champion League 2009.
Dalam pelawanan itu juga merupakan kenangan pahit bagi Van Der Sar kerana pelawanan ini merupakan pelawanan terakhir dia bersama United sebelum bersara.
Saya sebagai penyokong United amat kecewa dan mengharap United mengulangi kejayaan menjulang EPL 2011.
Rentap Futsal Kosmo edisi ke-2 cipta sejarah dalam ( MBOR )
- Posted by Svfi in bola sepak, futsal, kosmo, Malaysia Book Of Records, MBOR, Putrajaya
- 0 Comments
MESKIPUN terpaksa melalui pelbagai rintangan dan halangan, kejohanan Rentap Fustal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 tetap berada dalam kelas tersendiri.
Edisi kedua kejohanan itu diiktiraf sebagai acara futsal paling besar yang pernah diadakan di negara ini dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) semalam.
Kejohanan itu juga mencatat rekod bilangan peserta paling ramai dalam sejarah penganjuran acara futsal di satu tempat iaitu sebanyak 16,010 peserta selama tiga hari sepanjang pertandingan itu dijalankan.
Di samping itu, penganjuran kejohanan Rentap Futsal ini juga memecahkan rekod penyertaan pasukan terbanyak yang pernah dicatat iaitu 1,601 pasukan yang datang dari seluruh Malaysia.
Pada kejohanan tersebut, lima kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Lelaki Bawah 18 Tahun, Lelaki Bawah 12 Tahun, Larut Malam serta kategori yang baharu diperkenalkan iaitu Rentap Superstar.
Contoh Folio Georgrafi PMR 2011
- Posted by Svfi in 2011, contoh, folio, georgrafi, kerja kursus, PMR
- 0 Comments
Folio Georgrafi PMR 2011 telahpun berjaya disiapkan, tujuan saya mengongsikannya disini adalah bagi membantu sesiapa sahaja yang ingin melihat contoh kerja kursus Georgrafi PMR ataupun mahu meniru sedikit sahaja.
Tidak digalakkan meniru contoh ini seratus peratus disebabkan faktor kawasan kajian yang berbeza. Folio ini hasil penat lelah saya membuatnya semasa periksa.
Minggu periksa tu minggu last nk hantar..kna study ngan wat folio, nasib baik x bengong kepala otak aq ni..HAHAHA!!Kalau mahu melihat contohnya sila klik DISINI!
Selangor kalah tiga kali berturut-turut
- Posted by Svfi in 2011, bola sepak, Liga Super, Selangor FA
- 0 Comments
Selangor kalah tiga kali berturut-turut dalam liga super 2011 musim ini iaitu kepada Harimau Muda 2-1, Pahang 2-1 dan T-Team 3-1. Ini sudah pasti menyukarkan peluang Selangor untuk menjadi juara lantas mempertahankan kejuaraan dua musim lepas yang menjadi milik Selangor, Liga Super 2009 dan 2010.
Dalam tiga perlawanan tersebut, Selangor telah tewas kepada T-Team dan Pahang di tempat lawan manakala tewas di Stadium Shah Alam kepada Harimau Muda yang hanya menggunakan pemain skuad Olimpik negara.
Harap Selangor dapat mencatat kemenangan agar dapat mempertahankan kejuaraan Liga Super musim 2010 dan tidak mengecewakan para penyokong The Red Giant.
Contoh Folio Sejarah tingkatan 3 2011
- Posted by Svfi in 2011, contoh, folio, kerja kursus, PMR, sejarah, tingkatan 3
- 0 Comments
Kepada sesiapa yang ingin meniru tidak digalakkan untuk meniru seratus peratus contoh ini kerana ianya hanya sebagai contoh dan hasil kerja saya sendiri.
Klik disini untuk melihat contoh elemen 2 kerja kursus sejarah PMR 2011
Klip yang dijumpai dalam rumah Osama terbunuh
- Posted by Svfi in al-Qaeda, Amerika, New York Trade Center, Osama, video
- 0 Comments
Dalam minggu ini, dunia digemparkan dengan berita kematian Osama Bin Laden, ketua al-Qaeda dan dituduh dalang disebalik kejadian New York Trade Center pada 2001. Mayat Osama dikatakan telah disemadikan mengikut cara Islam dan di buang ke Laut Arab telah menyebabkan beberapa ulama di Mesir dan Indonesia mengecam tindakan askar Amerika itu dan turut menyatakan Osama mati syahid.
Penentu juara EPL 2011
- Posted by Svfi in Chelsea, EPL, Manchester United, Soccer
- 1 Comment
Penentuan juara EPL 2011 antara dua buah club gergasi inggeris iaitu Manchester dan Chelsea di Old Trafford, pada pukul 10 malam (waktu malaysia).
Merupakan perlawanan yang dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong The Red Devil (man utd) untuk membalas kekalahan 1-2 di tangan The Blues (chelsea) bulan lalu.
Gogogo Man Utd abd got the EPL trophy by win the match tonight!!
Entri istimewa entri pertama
- Posted by Svfi in istimewa, pertama
- 0 Comments
Entri ini merupakan entri pertama di blog ini dan merupakan entri yang istimewa kerana ia merupakan sebagai pembukaan kepada entri-entri yang bakal saya post nanti. Blog baru nak mula seperti blog ini mestilah menulis entri yang pertama mengenai apa yang akan saya sebagai admin mahu kongsi dalam blog ini. Seperti biasa, saya hanya akan menulis entri mengenai apa yang terjadi pada diri saya dan berita-berita semasa. Selain itu, entri yang mengandungi unsur-unsur 'blue ataupun lucah tidak akan sama sekali sama share di blog ini. Hahaha! ( takut dosa .)